Thursday, March 14, 2019

PROBIOTIK BRAND HEXBIO

Assalamualaikum w.b.t. ....


Minta maaf lama tak update blog ni. Sebabnya susah nak upload gambar memandangkan hanya boleh update di pc office ni sajo... Banyak benda dah berlalu, ada yang manis (gi bawak anak2 bjalan je pon) :), ada yang pahit (anak2 sakit esp si Aileen).

Teringat nak update blog ni pun sebab Aileen jugak. Dari kecil memang Aileen selalu sangat demam, selsema, batuk, sakit lidah, baru-baru ni kena HFMD, baik kejap sakit lagi... Sampailah one day ni, bawa pergi ke satu klinik... tercerita pasal yg Aileen ni baru lepas demam ada ambil antibiotik dan 'ter'tanya kat Doc adakah sebab kesan antibiotik tu dan yesssssssssss.. Setelah banyak kali pergi klinik macam2, hospital apatah lagi, Doc ni sarankan ambil probiotik beli kat farmasi namanya Hexbio.

Dari baby sampailah umur nak dekat 2 tahun ni barulah dengan rahmat Allah terjumpa punca semua ni.. memang Aileen ni banyak tanda-tanda ke arah kurangnya bakteria baik.. Selepas consume ubat tu (actually bukanlah ubat tapi supplement) Alhamdulillah, banyak perubahan walaupun kadang2 tu ada jugak sakit sikit2. Tambah2 Aileen ni banyak ambil antibiotik sebab masalah telinga dia yang bnanah, jadi semua bakteria dia tmasuk bakteria yang baik pun kena bunuh dengan antibiotik..
Selalu pergi ke kilinik or hospital doc cuma bagi ubat utk sembuhkan penyakit tu je contoh kalau Aileen ada oral thrush doc bagi ubat utk tu tapi x tanya pun punca kenapa jadi mcm tu sedangkan mmg byk kali jumpa doc tu. ada cerita juga pasal Aileen yg sakit telinga tu semua tapi diorg tak perasan pun pasal masalah Aileen yang lack of bakteria baik dalam badan dia ni. Sekarang happy sangat dengan perkembangan Aileen, makin ceria, badan pun dah nampak semangat sikit.. Happy for you anak...

Monday, November 5, 2018

Sambutan Birthday Anakku Afi Hasif

Harini buat sambutan majlis ulangtahun anakku Afi Hasif Bin Mohd Zulfikri yang ke 4 tahun dekat sekolahnya i.e taska. Sebenarnya dah berbulan dia mintak nak potong kek kat sekolah, akhirnya dapat jugak kan... Nak buat macam mana sayang, Afi lahir dah nak hujung tahun, sabarlah ye, huhuhu.. Mama tempahkan kek special untuk Afi kereta yang selalu Afi tengok kat Youtube tu..Sukala tu 😊😊😊. Pasni....perangai suka sakat orang tu kena dikurangkan ye, kalau tak mama piat je hahaha







Pejam celik pejam celik dah empat tahun anak mama ni... Tengok2 dah nak kawen pulak hahaha Jauh sangat mama ni berangan. Sekali tengok jodohnya sebelah ni je hahahaha
Tengok tu siap pegang tangan lagi hahaa

Monday, October 29, 2018

Makan2 di Office

Pagi-pagi bos tengok2 brochure pizza hut, then dia kata you arrangela, I belanja.. Maka, staff yang rajin ni pantang bila dengar bos nak belanja siap request kek lagi.. hahaha.. Jomlah layan gambar2 makan2 tu. Pejam celik pejam celik dah hampr 7 tahun kerja kat sini. Saya suka kerja kat sini sebab x stress, x pressure compared to previous office kat Klang dulu
Bos belanja


Tuesday, October 23, 2018

Anak Demam

Hari ni dah 3 hari adik Aleen demam.. Pakej batuk n selsema, pastu telinga dia dah mula basah dengan nanah..  Hari ni kenalah masuk office dengan kepala masih lagi ting tong.

Adik bila demam, mamanya rasa nak tercabut semua satu-satu anggota badan, dari kepala, mata, tangan n kaki. Nak tercabut satu-satu rasanya. Adik ni dah lah xnak dengan papa dia. Pesen nak tido bila tak sihat, kita kena dukung sambil berjalan. Adoiii... Malam tadi tak berapa nak tidur lena, pukul 6 pagi tadi baru dia boleh tidur n dibaringkan. Mama pun tidurlah setengah jam sebelum nak bersiap-siap pergi kerja.

Harapnya kat taska, adik tak buat perangai. Malam tadi macam dah boleh main2 dengan abang n kakaknya. Yang buat mama runsing sekarang ni lidah adik macam melecur besar. Mama risau kat taska, kakak pengasuh bancuh susu panas sangat je. So far, saya dah tanya dekat dua orang doktor n diorg confirmkan bukan sebab melecur tapi yang sorang doktor kata kulat susu, yang sorang lagi kata panas dalam. Lega sikit. Saya prefer explaination doktor yang kata sebab panas dalam sebab penjelasan dia lebih details n lebih relevan. Saya kan peguam, jadi saya lebih suka dapatkan second opinion dari terima bulat2 dengan pendapat yang pertama. Lagipun saya tak rasa kulat susu sebab dia bukan putih yang tebal tu n nak kata ulser pun bukan sebab dia tak sakit sangat macam ulser.

Mama harap bila anak-anak mama dah besar nanti, jadilah manusia n hamba Allah yang baik. Mama tak minta balasan untuk pengorbanan mama sebab kamu semua memang amanah dari Allah. Anak-anak mama ni jugak buatkan mama bahagia walaupun kadang2 stresss sangat.hehee..

Untuk adik Aileen, cepatlah sihat sayang. Mama rasa nak teroyak sama sebab mama mampu tengok n bdoa je supaya adik cepat sihat. Tak sanggup mama tengok anak mama sakit. Kalau boleh sakit tu dipindahkan kat mama pun mama sanggup asalkan anak mama sihat.

update 26/10/2018************

Demam adik dah baik tapiii batuk adik teruk. Malam tadi adik batuk teruk, x tido. Pagi ni dia macam letih sangat. Masa mandikan dia boleh tidur, dah lepas mandi pun dia tido jugak. Dah la x tenang hati mama ni. Cepatlah adik baik. Ya Allah... Semoga xde apa2 yg buruk jadi kat adik..

Thursday, October 18, 2018

Pengalaman Bersalin Tiga Anak

Kan dah janji nak update blog ni... hari ni nak mengimbau balik pengalaman bersalinkan tiga orang cahaya mata yang manja semua ni..

Anak Pertama (Nur Asfa Binti Mohd Zulfikri)


Masa mengandungkan Asfa ni kan, dari awal pregnancy sampai dah sarat saya memang banyak google kisah2 pengalaman ibu2 waktu melahirkan, macam2 cerita.. Tapi masih lagi tak dapat bayangkan kesakitan tu macam mana. Tiga-tiga anak saya ni semua lahir overdue tapi alhamdulillah dapat bersalin normal dan tiada masalah yang kritikal. 

Dalam tiga-tiga anak ni, Asfa sorang je tak pernah kena kuning. Tak taulah sebab apa, rezeki asfa.. Sebenarnya malam sebelum saya ditahan di hospital, saya pergi makan durian tapi takde lah banyak sangat. Lepastu malamnya memang saya tak dapat tidur, kejap2 pergi tandas nak terkucil lepastu pagi-paginya asal kita bergerak keluar air. Ingatkan saya terkucil sebab memang tak dapat ditahan-tahan. Rupanya itulah pecah ketuban tapi sikit-sikit. Bahasa perubatannya dah 'leaking'. Tapi sampai sekarang saya tak dapat bezakan leaking dengan terkucil, jadi buat ibu2 yang sedang mengandung tu, kalau rasa pelik je atau tak pasti yang keluar tu air kencing atau leaking, pergi je refer doktor sebab kalau dah leaking ni bahaya ye kalau kita biarkan. Asfa ni pun sebabkan leaking ni, matanya asyik keluar tak mata sampa umurnya 4 bulan..

Lepas je confirm yang saya ni leaking, doktor cek bukaan tapi takde bukaan langsung dan tak sampai tengah malam pun saya dihantar ke hospital teluk intan dari hospital sabak. Rasa contraction masa ni sangat2 weak sebab saya masih aktif lagi. Bila dah naik ambulan tu, barulah ada bukaan 2cm sebab dah terhentak2 masa dalam perjalanan hehe.. 

Keesokan harinya, Pukul 9 pagi setelah sarapan saya dibawa dari wad ke LR dan dimasukkan ubat untuk cepatkan bukaan dan setelah 2 kali dimasukkan ubat bukaan menjadi 3cm. Contraction terasa bertambah tahap sakitnya tapi masih lagi boleh dikawal. Orang cakap selagi kita boleh senyum, boleh cakap contraction tu belum sampai kemuncaknya. 

Saya ditolak ke dalam satu lagi bilik bagi persediaan untuk melahirkan, ingatkan dah tak lama rupanya masih perlu menunggu sehingga bukaan betul2 cukup 10cm. Masa ni saya dimasukkan ubat melalui drip dan contraction semakin menggila. Bacaan zikir nabi yunus secara tak sedar diulang-ulang di bibir untuk mengawal kesakitan. Serious masa ni memang dah separuh sedar. Bila saya tanya nurse yang datang cek, dia kata masih lagi 4cm dan lama lagi nak tunggu. Dalam hati kata mampu ke saya ni, sakit waktu tu rasa macam ditikam hidup2 tanpa sempat curik2 nafas. Sementara menunggu terdengar pula suara dari bilik sebelah terjerit-jerit memaki mengadu sakit, last2nya dengar dia jerit "kalau tau sakit macam ni baik bedah jelah". Dalam hati dah sudah... Macam mana nanti ni.... Dan saya terus diberi gas untuk disedut bagi kurangkan kesakitan. Punya pulun sedut gas tu tapi peliknya tak kurang pun sakitnya. Kesannya lepas bersalin memang tak boleh bukak mata, pening, lalok, nak bercakap tapi ntah apa-apa yang kita cakap. Bersalin anak seterusnya memang saya tolak mentah2 sedut gas ni.

Kemuncak rasa nak bersalin ni bila.......saya rasa dah tak tahan sangat nak meneran. Kelakar pulak bila ingatkan. Masa tu saya cakap sambil menggigil2 "saya nak ter.....ber....rakkk"hahahha😅😅😅😅. Doktor suruh tunggu pulak, nak prepare barang2 and encik suami pun masuk.. Saya teran2 tapi kata salah teran, adoii dah puas belajar dari google sekali salah pulak. Sekali masa azan je maghrib, saya rasa macam dapat satu kekuatan nak meneran, tahan kejap bagi azan berlalu tapi tak sempat habis rasanya kepala baby berjaya keluar, tak sampai satu saat nurse cakap nak gunting terus zaaappppp.. tapi tak sakit pun..baby terus keluar..alhamdulillah.. leganya rasa.. suami saya disuruh keluar lepas ditunjuk baby kami untuk dikenalpasti jantina. Keluar dah bunga mama ni.... Lepas tu waktu dijahit , sebabkan gas tu baru ada kesan, jenuh menahan mata dari tertutup tapi sakit kena jahit  tu boleh tahan jugak.. Lama juga kena tunggu sebab koyaknya banyak huhuhu..


Disebabkan gas tu jugak, sementara nak ditolak ke wad memang ngantuk sangat saya langsung tak boleh buka mata. Apa yang doktor cakap pun saya tak tau and rasa macam nak marah kat doktor tu ganggu saya nak tdur.hahaha and yang sedihnya memang saya kurang excited nak tengok baby sebab kepala terlalu berat and saya langsung tak dapat nak berdiri untuk buang air. si suami happy sangat dengan baby, asyik nak snap gambar baby tapi saya memang rasa rimas, badan lemah kepala pusing. Dan saya ditolak ke wad jam 9 malam. Sampai je kat wad saya muntah.. ingatkan lepas je bersalin mesti dah lepas seksa tapi ntah mana silapnya... mungkin sebab tenaga dah tiada. Pengalaman anak pertama ni memang betul2 jadi pengajaran kat saya.  Waktu kat wad n baru saya sedar, baby xminum lagi sebab saya dah mula sedar susu badan saya langsung tak keluar.. kelam kabut saya hantar baby kat nurse sebab dari bersalin baby xdapat susu minta nurse top up kan susu. Dalam pukul 3 pagi baru saya betul2 sedar and dapat kawal diri sepenuhnya dari kesan gas yang saya sedut tu. Menyesal sungguh. Waktu tu baru saya tatap wajah baby puas2, belek pampersnya. Rasa kekok betul nak pegang. Comel sungguh kurniaan Allah S.W.T ni... Semoga Allah melindungi keselamatan anak ini dan menjadi anak yang solehah, berjaya dan bahagia dunia akhirat.Amin...
Baru lahir
Nur Asfa .. Dah jadi kakak, garang tapi mengalah dengan adik2

anak pertama
Asfa masa umur 8 bulan tak silap. Sayang dia..

Wednesday, October 17, 2018

Kehidupan Baru

Assalamualaikum...


Hai...sekian lamanya meninggalkan aktiviti skodeng blog orang lepas je habis belajar dekat univ dulu. Sekarang tiba-tiba timbul pulak minat nak buat blog. Ok la..lepas gigih buka tutorial nak buat blog, terjadilah blog ku yg pertama.. harapnya akan kekallah blog ni sampai ke tua (memang dah tua pun. hahaha). Saya ni memang minat nak menulis, suka membaca cerita n pengalaman2 org jadi terfikir apalah salahnya kalau saya buat satu blog sendiri. Paling2 pon sendiri yang baca, macam diari jugak, boleh dibelek2 masa akan datang nanti, nak mengimbau kejadian-kejadian yang kita dah lalui. Maklumlah, dah umur pertengahan abad ni adalah juga peristiwa manis, pahit, mendebarkan yang kita boleh kongsi dengan orang, saya pun sejenis yang suka mengimbau balik kenangan2 lama. hehee
kehidupan baru
Gambar pertama permulaan cerita mestilah gambar kahwin saya. Memang lega sangat dah lepas akad nikah. Macam-macam dugaan nak kahwin. Kalaulah family saya mcm family yg normal. OK stop sampai sini, xnak cerita lebih2.huhu.. yang penting sekarang saya dah bahagia dengan kehidupan sekarang. Dikurniakan 3 orang anak-anak yang comel dan suami yang penyayang, alhamdulillah. Cuma.. biasalah ada gaduh2 manja, kekadang stress dengan anak-anak yg overdose manja tapi diorang ni la punca kebahagiaan saya...

keluargasaya dah anak tiga. Suami pun dah nampak bulat sekarang. Banyak gambar yang saya nak letak di diambil dari fb tapi sebab kat fb tu x boleh nak tulis panjang2. Saya ni memang sejenis suka nak letak gambar kat fb tu tapi bukanlah kita ni nak show off cuma sebab saya rasa seronok. Ntahlah, tapi saya rasa anak2 akan tengok macam mana diorang kecil2 bila mereka dah besar. 
anak kecil
 ni masa aileen masih kecil. 6 bulan usianya kalau x silap. Sekarang dah setahun dah pandai jalan. Tapi meraungnya tetap x ubah. melekat je dengan mamanya. Lepas ni akan ada banyak cerita dalam blog ni.hehehe

Colorful Peace Sign

PROBIOTIK BRAND HEXBIO

Assalamualaikum w.b.t. .... Minta maaf lama tak update blog ni. Sebabnya susah nak upload gambar memandangkan hanya boleh update di pc of...